Thursday 11 July 2013

my liltle sayang

Assalamualaikum…

Pertama sekali syukur Alhamdulillah kerana  masih mampu bernyawa untuk menyambut bulan Ramadhan kali ini…dan hari dah masuk 3 hari kami berpuasa… seronok tu seronok sebab boleh puasa tak teruk sngat rasa lapar ke dahaga ke pendek kata secara lahiriahnya ok… tetapi secari batiniah… hanya tuhan sahaja yang tahu….

Sesungguhnya kami rasa rasa sedih sangat-sangat…sebab anak kucing kami si boboi mati malam sebelum puasa… sepatutnya kami kena pergi taraweh tapi kami tertidur kami mamai kata tamau p dekat abah…. Bila abah dah p bru la rasa menyesai berpusu-pusu datang menerjah sebab tak ikut abah……mungkin Allah nak tunjuk kat kami kut yang boboi mati…. Memang dah jadi kebiasaan kami celik mata ja tak kira pukul bopa memang kami akan cari anak2 kucing kami… kami pangey depa macam cara nak bg makan… selalunya memng semua akan lari mai kat kami.. dan boboi memng yang selalu paling lambat la.. sebab kalau dia tido memng system pendengaran dia secara automatic off… bila dah lama sngat kami pangey dia tak mai kami jadi risau… semua lampu kami buka…tunggu lampu liplap ja kami tak bukak…tu pon sebab kami tak teringat yang umah ada lampu liplap kalau ingat kami bukak dah…..bila dah terang benderang kami keluaq umah…. kami pangey dia tanpa jemu… tak nmpak pon kelibat dia… kami takut ada orang amik dia ja sebab dia menikuih pastu jinak… serius tak terlintas pun kat otak ni yang dia mungkin kena langgaq… jadi da separuh putus asa nak cari dia… kami masuk dlam umah…. Masa nak tutup pntu pangaq kami nmpak lidi dok kuih2 sumthing…. Pastu kami nmpak ekoq boboi.. kami senyum… rasa lega gila boleh jumpa dia… kami pon pelan2 p kat dia ingatkan dia tidoq niat nak gempaq dia la…. Tapi kami rasa pelik sebab lidi tekan2 perut dia bnyak kali dia tak bergerak… kmi terus lari p kat dia… kmi pegang2 bdan dia.. dia dah lembik…kami panic gila….  kami pngey2 boboi bnyak kali….. kami mcm tak percaya dia mati muka badan dia semua elok takda darah pon…macam dia tengah tido…. bila kami kalihkan badan dia kami nmpak ada darah di telinga…  masa tu sedih hanya Allah ja yang tau….
Ntah la memang sedih…… sebab antara empat ekor anak kucing kami dia la yang paling kami sayang…. Abah kami pon sayang dia… masa abah balik taraweh kami gitau kat abah.. kami Nampak mata abah begenang….

Baru dua hari boboi mati hari ni pulak si yaya pulak kena langgaq.. ntah laaa… murah sngat dah ayaq mata ni…sampai dah ilang rasa malu nak nangis depan orang…. 2hari kami riau pasai boboi hari ni riau pulak pasai yaya…. Ya Allah sedihh sngat… masa depa lahir kami excited sngat… sebab dah lama kami teringin nak bela kucing…. Kami bela depa kami sayang depa… memang dah rasa mcam anak sendiri dah… remuk hati ni tengok anak kucing yang kami bela dari kecik sampai besar jadi mcm ni.. lagipun depa baru 2 bulan…. Kami terbayang mcm mana badan sekecik tu nak tnggung sakit….. yaya kena langgaq muka dia teruk sngat tak mcm boboi… tapi dia masih idup…. Kalau dia mati pun memmng kami redha… ya Allah kesian sngt tengok dia…. Mulut berdarah-darah… darah kelua kat idung telinga…mata sebelah tak bulyh bukak yang sebelah lagi hampir2 nak terkeluar...bila kami nak lap dia tak bagi… semestinya la dia rasa sakit… macam mana kami nak lap.. hati kmi tak kuat…. Kami gagahkan jugak… pastu dia naik atas riba… dia duduk rapat2 dengan badan kami….. tersentuh hati kami… kami lap lagi idung dia takut dia tak boleh nak bernafas…. Pastu kami rasa panas atas paha…. Rupa-rupanya dia kencing…terlalu sakit mungkin… memang tak gamak nak marah laa…kami rasa kesian sngat… bila dia rasa susah nak nafas dia macam batuk nak muntah…. Lepastu tersembur darah keluar… semalaman kami tak leyh lena tunggu dia… kami takut kalau dia tak boleh nak nafas…selamat kami niat nak cari dia sampai jumpa jugak… benda ni berulang macam boboi jugak Cuma kami jumpa dia masa tengah hidup.. kalaulah kami tak jumpa mcm mana dia rasa masa tu…mati sorang2 macam boboi… sedihnya ya Allah… entahla Masa boboi mati dulu mulut dan hati ni dok kata redha2…. Bnyak2 kali kami sebut kami redha… tapi ayaq mata meleleh jugak…mungkin sebab kami tak dihidang sebegini rupa dugaan jaga yaya…. Tapi kalau yaya nak mati memang kami betul2 redha… hati kami lagi sakit tengok dia mcm tu dan biarla dia mati daripada dia tanggung sakit….

Orang yang baca ni boleh nak kata yang  kmi ni over… tu mulut orang kami ada dua tngan ja tak mampu nak tutup mulut orang yang ramai tu…. Marah  sedih mcm mna pon kami kat orang kami takkan guna kaki tuk ttup mulut depa… ntah laaa… biarlah Allah yang menilai…. Maafla teremosi… bila jadi macam ni mulut kami ni automatic kata… ya Allah ampun la dosa2 aku… kami takut sngat kalau kerana dosa kami dan kelalaian kami kucing2 ni dapat balasan mcm ni….. :’(

Lepas ni memang kami nak jaga jaja dengan lidi elok2… tamau da bukak tingkap… kami buka tingkap untuk kemudahan mama cat keluar masuk nk bagi susu dan berak sebab mama cat tak reti berak dalam bekas pasir… dan depa pun tak putus susu lagi terutama yaya…dia manja... umm.. dan buaih sampai keluar kat tingkap....ntah laa... Kami fikir macam mana nk bagi yaya makan esok telan air liur sendiri pon dia tak mampu… aaahhhh sedihnyaaa….

Ya Allah jangan la ada lagi kematian orang yang ku sayang ya Allah…. 

Tuesday 2 July 2013

Jasa Ibu tiada ganti

Assalamualaikum...

dah lama kan kami tak contiang-contiang kat sini... almaklumla sejak-sejak ada cucu kembaq sampai 4 ekoq ni tak menang tangan nak jaga...dah besaq pon depa lani dah pandai berak kambuih sendiri dah sekarang.. tak gaduh nak kena beli pempes-pempes berkandaq-kandaq kat mydin... kalau diikutkan semalam dah genap da umo depa 2 bulan... nak kena bawak depa p klinik nih...nak kena cucuk rubella tamau nanti besaq2 dapat penyakit tibi... 

yaka rubella tuk tibi? ka campak? hahahahha!! mmpuih p.. malaih nk selak solomon..

kali ni kami tamau cita pasai cucu-cucu kami tu... depa tu mmng dok tau dah perangai honaq ekoq sendiri pon depa ligan.....ni kami nk cita pasai mama cat... wahhhhhh meoww dah naik taraf gituuuu tukaq dah nama lam ic jadi mama cat tau sekarang..yang meow tu nama zaman-zaman muda bergetah dia sekarang ni  dah ada anak nama-nama glemer dah lupus di telan zaman dan arus pemodelan..macam kak ton laa... dulu zaiton sekarang kak ton... glemer gitu...hihihihihi

ok berbalik kepada nawaitu asal.... kalau boleh dok merapu sampai esok pon tak abih.. ayu... ayu.. kemon laa.. kemao la... 

baiklah...sejak-sejak anak-anak mama cat ni da boleh pepak dedak kucing dan dah mula bernapsu kepada makanan lain selain susu ibu dia.... ibu kucing slalu bawak balik benda pelik-pelik balik umah....bagun-bagun pagi ja ada ja nampak hati ayam.. usus ayam.. cicak.. ekoq cicak... tikus yang takda kepala...bergelimpangan atas lantai umah...

baru-baru ni.... dia cuba nak bawak masuk katak besaq penampaq habuan untuk anak-anak dia makan...besaq lagi katak tu dari anak dia u'oulls tau... ya Allah yekyek gilaaaa.....serius-serius yekyek kami dok taip ni pon smbil dok terangkat bahu sambil kodek-kodek pala....geli yang amat....nak kata tak bagi makan kami bagi ja... dedak kucing tu pon dok sedia ada ja dalam pinggan...kalau kurang kami tambah siap dengan ayaq tapis guna filter lagi tau....

jadi, kami mengunakan segala kudrat yang ada memerah otak macm mana nak mengatasi masalah rumah tangga yang kian membelenggu dan menjadi onak racun dan segala bala lah....pakman kata memang fitrah kucing depa suka makan benda macm tu... biaq tekeluaq bijik mata ni sekali pon jegey kat dia... bukan dia paham dia tak da akai macm manusia.... 

nampak dak pakman bela cucu dia....nampak dak? nampak dak?

lagi satu kami rasa....mungkin sebab si meow ni dulu kucing liaq.. dia kecik-kecik dulu dok lam reban ayam ja.. mak dia pon liaq mungkin pebret dia dulu masa kecik-kecik katak?? sapa tahukan?? nampak dak kami bijak disitu.... kemonla.. kemonlaa... *clap..clap.. la sikit... ^..^

jadi kami pon membuat keputusan nak stopkan depa dari makan dedak.. kami suruh abah beli ikan kembong kat penaga....lalu kami pon mengunakan skill masterchep  kukus grill panggang kami dengan merebus ikan-ikan tu lalu dicerakin-cerakinkan kedalam pinggan dan digaul bersama nasik...

 sedapkan??? umm nyum2...

ok! untuk hari tu dadan esoknya  da takda da la benda pelik-pelik tu... tapi untuk tulat tonggeng senayan... ada balik...bawak perot ikan pulak dah...ya Allah geramnyaaa.... dah tu.. pandai pulak angkat tudung saji nak curi ayam percik habuan sahoq kami.... ikan cencaru belah belakang pon dia kidnap.... tak masuk ikan kembong yang dah bersalut kunyit garam secukup rasa... berjejehan ja atas lantai...bersepai-sepai tulang kat lantai

serius... kami nampak dia kecik besaq kecik besaq jaa....geram sangat-sangat sampai  rasa marah yang nak mencarut-carut... pastu rasa macm nak tumbok-tumbok muka dia biaq bedaqah idong-idong... last-last kami halau dia kuaq umah.... dah rasa down sngat sebab tak boleh nak handle dia... meow yang sekarang bukan lagi meow yang dulu... sedih kut....kami tamau owg maqah buang dia... bila orang marah lari kuaq kut tingkap...takut sngat anak dia tak cukup makan...yang anak-anak dia steady jaa.. rambut kami pon depa makan... mak dia tu... kadang-kadang tu balik sampai belumpoq kaki... pastu kadang-kadang tu balik duduk tejelen lidah tu kuaq.. penat sngat agaknya ligan cicak... 

alah halau pon t rindu aku bunyik meow2 jugak pangil dia balik... tak gamak kut~~

tapi bila dipikir-pikirkan  balik besarkan pengorbanan mak ni sebenarnya.. sanggup buat apa saja untuk anak dia nak senang....kalau kucing boleh ada rasa sayang macm tu kat anak kenapa tidak manusia?? sedih tengok baby-baby yang kena tingai merata-rata tak kira tempat sampai longgokan smpah pon depa gamak...tak kira yang tanam hidup-hiduplagi... sampai ada yang dimakan kerengga...

nauzubiilah.. moga di jauhkan aku dari melakukan pekara yang tak baik macam tu

 kami rasalah kan... meow patut jadi ikon ibu tunggal yang berjaya laa.... biaq malu orang-orang yang buat anak pandai jaga anak tak reti... tapi kalau dah bab-bab memcuri lauk sahoq kami ni memang kami tak berkenan sangat-sangat!!!..... ggggrrrrrrrr

haiisshhh rindu pulak kat mak kami... arwah dulu walaupon abah ada pencen cukup-cukup untuk kami sekeluarga nak makan arwah usaha jugak bagun pukui 4 5 pagi sebab nak buat kuih hantaq kedai pak jang an...pukui 8 pagi pegi kantin keja buat masak-masak...... tak masuk tempahan nasi-nasi ayam merah lagi..kadang-kadang sampai tak tidur malam....tambah-tambah nak dekat bulan ramadhan ni arwah la yang paling sibuk cari orang-orang kampung untuk letak kuih kat gerai pasar ramadhan dia... takda benda yang kami nak yang kami tak dapat... semua arwah  usahakan tak dapat sekarang nanti mesti dapat jugak... ingat lagi masak kecik-kecik kami sekolah tadika.. mak bawa moto dengan periuk nasi... dalam merempit tu tudung periuk nasi terbang... gelabah kami dua kutip tudung periuk atas jalan.... kalau nak p sekolah pula mak bagi bekal makanan mak kata makanan kat kantin tak sihat...biar dia susah asalkan anak-anak senang... muhasabah diri balik... apa yang dah kita buat tuk balas jasa ibu kita??? ya Allah... ampuni la dosa ibuku ya Allah... kami mohon disedekahkan al-fatihah kepada mak kami Rohani binti Ramli... :'(

maap2... kami teremosi...tapi tak salahkan nak ingat balik jasa mak kita....sekurang-kurangnya kami bersyukur pernah ada mak sehebat arwah.. i leviuu till jannah mak.. 

Wednesday 15 May 2013

habis sudah

Assalamualaikum

Syukur alhamdulilah dah berjaya graduate akhirnya kami berjaya jugak mengharungi onak duri ranjau badai taufan stunami puting beliung gempa bumi letusan gunung berapi... haaa apa lagi aku tak sebut?? jalan berlopak...jerebu...err..err.. pembakaran terbuka aahhh dan semualah..

bayangkan.... selama 6 tahun bergelumamng dengan buku-buku nota-nota yang mampu mehilangkan keghairahan pemakanan seseorang insan yang berhati tulus mulus mcm kami ni.... namun kehebatan kami tak dapat disangkal lagi....kerana selama hayat di uitm ni berat tak penah bawah drpada 60....kalau orang lain nih mesti dah kurus tahap easy level untuk di kepak-kepak......by the way.. tenkiu abamla-abamla yasmeen... kepsi arau.. PHD serta kedai kak pon depan pintu pagaq B...mereka sngt berjasa dalam pembiakan2 lemak kami ni...

ouh kami kata 6 taun eh?? 3 taun sebenarnya... eh.. 2taun.. 2taun setengah?? aahh mampuih p.. yang pasti 6 sem....aaahhhh ayu dan lupa berpisah tiada......

 ok berbalik kepada nawaitu yang asal.....sungguh tidak kami sangka dan tidak kami duga yang nekad kami untuk tidak tidur didalam kelas sepanjang sem ini dibalas dengan kejayaan di luar pengharapan.... tenkiu Allah akhirnya dapat juga kami merasa nikmat yang tak diduga ini... walaupon ujung sem baru dapat merasa.... selama ni pointer terok-terok nak tunjuk kat abah pon malu... tapi bila dah elok pon malu nak tunjuk kat abah jugak siap malu kuasa dua lagi..

. malu-malu... ummmmm

walau bagaimanapon... kami nak mengucapkan berjuta-juta tenkiu kepada Izah Fasihah dan Najwa Malek yang tak jemu-jemu dok ketuk pintu bilik kami pagi-pagi buta semata-mata nk gerak kawan ampa yang baloq liat bagun pagi ni p kelas...yang selalu layan kawan ampa yang kuat menyebai ni tatkala membuat report.... yang selalu dok perabih stock muruku ngan oreo ampa umm kacang cmart tu skali...umm biskut cik hanna diyana sekali....umm banyaknya kami makan.. yang selalu paksa ampa tengok tarian uduh kami walaupon ampa meluat...yang selalu dok paksa ampa dengaq lagu arab walaupon ampa jijik... yang slalu maqah2 tak betempat (*izah sory umm bgenang da ayaq mata)... maapkan kami kalau wat ampa terasa...maap sangat-sangat.... halaikan ilmu dengan nasihat serta gosip-gosip semua.... 

 tapir sayangkan tiger ngn kora sampai mati..... *umm pandang ke langit ribaih2 ayaq mata bg kering*






umm tak blyh taip panjang2 mata masuk habuk.. auch2....


Tuesday 7 May 2013

anakku seekor ibu

assalamualaikum..

syukur alhamdulilah meow si kucin merangkap anak angkat tungal kami.... akhirnya telah membuktikan yang dia tidak mandul...dia dengan sukacitanya telah selamat melahirkan beby-beby comey didalam almari baju kakak ipaq kami ummm sho schuweetttt.....bedaqah-daqah.... yekyek-yekyek abeh kain tudung kak ipaq kami..... 

ummmmmmm schuweettt kan..kan...

beliau telah memberanakkan empat ekoq beby kembaq... 
 tengok laa.... tengok laaaaa meymey dak??


ni la makhlok kedua paling comey penah aku tatapi selepas kak ton..
kak ton i lebiuu... mwahh..mwaaahhh..

maap la blackout sikit fon kmi tak da flash....huhuhuh..


for your information.....ambuihhh speaking london lah pulakkan.......hahahahahaah....kami dah boh da nama-nama kat mereka-mereka ini... sekoq namanyew anje sebab dia kalau nak lena ja mesti kena dok celah2 mak dia tak pon kena hadap muka mak dia.. kalau boleh sampai nak belaga idung....pastu ada yang kaler oren kami boh nama yaya....sebab dia ni perangai terok sikit kalau dia isap %&*%* mak dia mesti kaki dia sama naik ngn pala dia..pastu dia mendepakan tangan dia seluas-luas yang mampu tamau kongsi %&*%* dengan kembaq2 dia yang len... pangai supa ank menakan kami nama sara..sebiik!!!!.. lagi sekoq lagi kami boh nama boboy... sebab antara keempat-empat ekoq ni dia la yang paling selambak nalarekek punya gondo klu timbang kilo untung 7 keturunan... kami amik sempena nama abg kmi hat nombot dua tu...schuweett... kalau dia tau mesti dia terharu...

 AHAHAHAHAHAH!!!!

pastu yang last tu bulu2 dia supa mcm gambaq kat bawah ni... kalau gamba yang atas ni dia yang paling kanan....kami tatau la si meow ni jumpa rimau celah mana...so kami malas nk pikiaq panjang kami boh ja nma dia rimau.. simple n sweet... t besaq.. pandai2 la dia muhasabah diri sorang2 yang dia tu species mana



hahahahahahahahahah!!!

kami sukaaa... kami sukaaaaa!!!

haaaa.... kami tatau jantina depa lagi.. kalau si yaya tu jantan dan si boboy tu betina sory laa.. surat beranak kami isi dah... hahahahahah!!.. mampuih p......


sekarang beby-beby tu dah umo 8 hari memandangkan hari ini 8 mei....pandai dak meow pilih tarikh....pandai ann..pandai ann??  bub tu malaih nk antaq p skolah... wat rugi ja duit yeddok??....
so kalau hari buruh ja ingat la besday anak kami.....blyh la nak post2 adiah kat depa ikan kembong sekilo k... dedak depa tu stok sepanjang hayat k..

dalam umoq 8 hari ni depa dah pandai dah bertaktih tapi jalan dua 3 langkah tergolek-golek nampak pusat ummm mcm bollywood pastu gulin2 pastu ulang benda yang sama sampai penat....pastu lena sambil kenyut2 mulut.... eeeeeee geram sngat tengok dok tergolek-golek telentang mcm tu dah la pejam mata jaa tamau buka.....serius kami rasa macm nak lambung ja tinggi2 pastu agak-agak sampai paras lutut sepak laju-laju biaq melekat k dindin rumah... ummm kami teringan sngat nak buat mcm tu kat depa....ummm teringin...teringin... kami sukaaaaaa!!! biaq bedaqah-daqah pun takpa lagi kami sukaa....

gggggrrrrrrrr *getaq pala*

tapi syukur la..masa meow mngandungkan depa ni takda la alah-alah nak muntah tulang ka muntah cicak ka... semua ok.. kandungan gula lam badan pon ok.. darah pon ok.. cuma dia malas nak ligan-ligan ayam macam selalu la... mungkin dia nak jaga kandungan dia... ayam-ayam pon paham.. depa dah pandai masuk reban sendri... tak gaduh nak tunggu meow ligan baru masuk... cuma satu jala perangai dia ni time mnegandung yang kami tak suka.... "menyerendeh kat orang"...meluat tu meluat la jugak...sebab nak jalan pon susah.. pijak perot tu baru dia tau.... tapi nak buat mcm mana .....dia kan  ibu tunggal.. kami sngat memahami perasaan ibu tungal ni.macam mana ...sob..sob...auch..auchh... so kalau tak sempat ka kalut dok men poker ka kami luangkan masa jugak usap-usap dia guna tumit... dia pon golek2 tanda kegirangan... suka sngat dia boleh bau syurga kami ni... sampai lepas beranak pon minta tumit lagi....

ni la anak yang kita mau yeddokk???? bagi kaki pon dia suka...

xpala pak dia ujung bulan 7 nak balik dah....t minta tumit kat pak nah... msti lagi sakan dia guling-guling...tak padan dengan mak binatang.. ish...ish... ikut pangai sapa lah ni...



Tuesday 19 February 2013

Encik TopOiq


Assalamualaikum..

Tediaa…. Bersawang terook belog kami…. Yela last update masa thaipusam hahahahahh ni raya cina lak.. nanti raya apa pulak bru kami nak update noh2…. Hahaha paham2 la kami buzy women… shooting merata-rata… tambah-tambah musim perayaan nih….. tempahan kuih kepit, kuih bakui, kuih bakaq, kuih bulan semua kami amik order… sebab itu la buzy kemain daripada artis2 lain… dah  la bulan ni jugak la kami nak kena jadi single mother…. Sob2…

humm ampaaaa dengaq la kami nak merengek ni….kami dok meroyan laki tak da ni… umm mat topoiq dah p obersea nuh sakan dia gong xi fa cai kat hong kong…..dia dok nak kejaq cita-cita nak jd abam popeye the sailormen tuuutt2… 7 feb dia dah bertolak dari kedah dah p johor… 8 feb ada kat Singapore sain kontrak… 9 naik flight p hong kong terus naik kapal…dia p lama kut 9 bulan… bak kata izah tiger “kalau mngandung dah bulyh beranak dah” meroyan oo meroyan….tapi tahap meroyan kami tak da la sampai  nak buat video boh youtube… hehehe chooii muluutttt……


mat topoiq nek kapai ni la…

haisshhh secara jujur sejujurnya ketiadaan topoiq ni memang menguji ke mantapan mental dan fizikal kami… walaupon secara zahirnya kami nmpak cool tapi secara batinnya kami menjeriittt kut… ampa tau dak dah 3 ari kami sembang dengan bear beruang kami… Nampak dak mental kami teruji d situ… yela nak sembang dengan anak sendiri si meow tu dia selalu tak da.. sejak2 berlaki nih kan menghilang je koje dia… ritu Nampak si meow dengan jantan lain.. yang menantu kami tupon tatau ilang p mana dah..  kami pon tatau kemana dah menantu kami ni takkan dia ikut mat topoiq sekali…..hummm


ni gambaq bebey kami… nma dia FJ fayed juniot tak sma kan dengan nama mat topoiq kami…fayed bin farid.. ummm schuwweetttttttt ….

Adoi laaaaa…. dah berapa ari dah dia naik kapal… last mesej dia anta kat kami “ sejuk ooiii” astu bila kmi balaih “ sejuk natang apa oooiii..” dia dah tak reply… ummmm kami sedih… nak bebai pon sorang2 tak da sapa dah nak pujuk…. Rindu mat topoiq bunyi tapir nyoottt2….main kutuk2 sesama sendiri… Umm kalau dulu topoiq ada dia selalu kencing kami… la ni dah berhari- hari tak kena kencing rasa bersih lah pulak… ummm  topoiq pulang laaaa….  Nak dengaq pantun ampa sebelom lena….  Sob2…sob2..

sebenarnya pemergian dia k obersea tu atas doa kami jugak… kaami support cita2 dia.. dulu masa awai2 dok bencinta kami Tanya apa cita2 dia.. dia kata nak naik kapal.. syukur la dia dah berjaya.. kami ja ni yang tek berjaya2 lagi ni… haiisshhhhh…… nak tau dak cita2 kami apa???
Opkos la cita2 kami nak jdi modeltak pon pramugari macm ni…hummmmmmmm….



 WWOOOOIII!! dok gelak2 paaaaaaaa!!! Mencarut sat g haaaaa…!!!!!!




encik topoiq... heheh kami maluuuuuuuuuuuu nyoot2

Saturday 26 January 2013

holiday menjelang thaipusam

Assalamualaikum...

   hai u'olls.... lama kan i tak update belog ni.... mesti u'olls tertnya-tanya kemana laaaaaaa.... miss secha ni menghilangkan diri ek..... yela sejak2 gambo cengey i terkeluar dan tersebar keserata maya ni....actually i tak kisah pon coz ada yang komen i nmpak comel...hew...hew... ketermaluan pulak titeeww.... yang kata2 negatif tu diorang jeles jewwww...n i tak amik serius sngat pommm...pomm...

comeeyyy ann.........


ni bukti dia nahhhhhhhh

  Actually i ada ja kat malaysia ni cuma negeri ja bertukaq-tukaq....FYI i bukan tak da modal nk g shopping ke obersea ek... pliss jgn wat gosip puaka tu ek... i ni jenis yang support barangan tempatan tau....

bydaway...3 ari lepas i kat johorr saja g shopping2 kat johor primier outlet... saja g jalan-jalan nak tengok sales thaipusam mcm mana kat johor... emmm semua 90% less... 80% less... serius i tanjat.... tapi tak da la sampai nak melatah Bu#$%t... i jaga standard tauu...so, bila di tolak2 less dia bagi semua...current price dia adalah dalam 100++.... ummm murah kan?? murah sangat2 sampai kulit2 i dah mula tunjuk simptom2 alergic ni....coz selain dripada udang..lipas dan lintah...barang2 murah pon bolyh buat i beruam..so, i tak beli la...  owh  lupa nak gitau yang i tolak2 tadi tu harga for singlet yang berlubang2 ala2 lolita..from guess

 seriusly murah kan..... (sambil jegilkan bebola mata)




kami tak tangkap gambaq pon sebb tak da spa nak tngkap gambaq titew...

next day tu i pegi plak melacca........yelah... setelah puas g checking harga kat johor.... i g melaka pulak...but bukan nak checking harga lagi tapi kali ni i pegi sebab nak releasekan tension... i sampai pon masa tu dah malam dah... i check in hotel 3 star.... umm let me explain dulu ek.. i bukan tak nak g check in 5 star punya hotel.. i cuma malas nanti terserempak dengan reporters2 kew.. umm spoil mood i.. i bukannye jenis yang dahagakan publisiti murahan... biar lah orang nak kate apa kan.... yang penting peminat2 i selalu bg support... 

muahx..muahxx.. xoxo<---( aku tatau natang ni untuk apa..)

di melaka i naik river cruise... ummm enjoy sangat naik river cruise tu beberapa kali i tertelan ayaq sungai tu....mesti ada yang tertnya2 mcm mana i blyh dapat minum free air sungai tadi.. sebab kapal berlangar dengan ombak la u'olls...dan jangan tanya mcm mana ianya terjadi ek... pliss jgn paksa i tuk ajar ilmu alam kat sini pliss..plissss...

 ehhh.. i tertaip ayaq ek?? ewmmm kucing i lewni kalut nak menaip jugak... sooowwwyyy....

ni la cruise nyewwww.... best oooo i dok depan skali

esok tu i g taming sari tower.. korang penah naik tak?? bayar sepoh inggit jew... i duduk sebelah dengan international peeps tau... bukan bngla ek u'olls.. ahh...ahhh.. dengan france yuuhhuuuuu... die snap gamba i... tu yang buat i tak puas ati... editor2 majalah semua bayar 10,000++ tuk sekeping gamba i dia relex jekan snap berkeping2... so i niatkan sedekah jela.. malas nk berkira... memandangkan tiket foreign naik taming sari tower tu double dri i.... 

yesss... i jenis yang prihatin.... shhhhhh jgn heboh2kan i pemaluu.... <3

yang bulat2 tu berpusing... serius2 tak tipuuu

then.... petang tu jugak i bertolak g keyel... dah alang2 kat luarkan.... i g melawat ikea... saje nak survey2 barang kat ikea... i nak tunggu sales thaipusam habis dulu baru i nak g beli...saja i nak untungkan tokey2 ikea... bukan sebab i nak g rasa aircond die je ek... i bukan jenis yang mcm tu ek tuan2 puan2 .... dah masuk lam ikea tu i g la rasa meatball... kawan i kata sedap kat sana... ummm sedap lah jugak... tapi masa tu i pening gila so i tak lalu sngat nak makan...i makan 2 ketul je...serius2 yang ni i serius... 

pastu i decide nk kol kak i dtg amik i coz i miss my anak2 menakan i... dah berjumpa depan mata bertekak bagai nak gila.... hummmm  schuweettt...

so...esok kami balik arau.... nmpak dak raya thaipusam kali ni sakan gila.... bukak2 cuti ni ada test plak ummm schuweettt999!!!!!



p/s: tenkiu kepada rombongan makcik2 nurse hospital Jitra... <3 heww2

Friday 11 January 2013

cuti-cuti kedah perlis

assalamualaikum..

halllluuuuu... ^..^ <---ini muka kami bahagia 

tahu tak sebab apa???? ahhahahaahhaahah memang "TAK TAHU" lah kan...kan...kan....sebab apa??? sebab kami tak abaq kan??? hahahahahahah!!!!

SCHUWWEETTTTTT plisss2 jangan maki kami plisssssss...hew..hew

OK!!..mula-mula.... kami nak wat ayat penghargaan kat pak kami dulu ....sebab....dengan bantuan pak kami lah encik berokband a.k.a otomen kami ni lampu biru dia terang terok sampai bisa melancarkan cahaya ala2 allspark straight ke angkasa lepas dan memberi isyarat berjaga-jaga kepada penduduk-penduduk planet cybertron  yang pada waktu dan ketika ini di jajah oleh raksasa belalang..maka dengan isyarat ini jugaklah...geng2 autobot optimus prime..bumblebee..ironhide..JAzz..posche (itupon jika dia msih idop) bergabung tenaga dengan decepticon yang di ketuai megatron serta konco2-nya ..starscreem.. frenzy.. dan bonecrusher.. untuk menentang raksasa belalang dari terus menguasai bima sakti kita ni...maka dengan itu xperlulah ultramen seven dan anak2 buahnya seperti gaia....zeus.... hikari... dan tak lupa juga kepada eksyen kamen bersusah payah melingkupkan harta benda dunia semata-mata untuk berlawan menentang raksasa belalang...hal ini kerana dengan bantuan2 para2 autobot dan decepticon.... raksasa belalang tak akan berjaya melepasi lingkaran atmosphera bumi apatah lagi ke garisan khatulistiwa kita ni... maka itu juga lah anda2 semua dapat berpesbook masupon membaca belog ni tampa rasa apa2 gegaran....nampak dak bertapa pentingnya karekter PAKMAN dalam cerita ni.....hebat kan??? mohon ampa-ampa semua kagum..

sekali lagi.... tenkiu PAKMAN..... i lebiuuuuu....muaxxx...



dan keduanya pulak kami nak say.....

 IZZAT I LEBIU!!!!... 
(separa menjerit yang diteran-teran)

haaaa... dan kenapa pulak secara tiba2 kami nak meneran...neran nih kan.....ok... cuba ampa relinkan bijik mata ampa ke kanan nmpak dak tang member2 kami tu ada maklok yang kurang seksi follow kami kat blog ni haa... dia lebih mesra dikenali dengan nama " peminat no 1 ayu" hahahahahah!!! ummmm schuweet kan??? schuweet sangat2 dan terlalulah schuweettt sampai kitew jadi  kompius gileewwww... nak terharu k nak tercarut k nak tersungkoq... setelah berabad berfikir.... kitew wat kesimpulan kitew nak terharu lah...... ummm schuweettt.....selamat kita bukan muhrim jat oooiii... klu dak abeh redut2 muka ang aku renyok-renyokkan...

seriuuss aku tengah seriuss... aku nak renyok muka ang...by the way... kiteww malueww2 hakhak!!

ok2...yang ketiga pulak kitew nak ucapkn tenkiu kepada topoiq serta rakan2 sebab membawa kami berpeleseran di sekitar kedah dan perlis ini..

ok setat dari 4 jan 2013 (jumaat)  haritu.... kami berpeleseran dengan mat topoiq...sebelum nak bercerita pasai berpeleseran tu kami nak mukadimah sedikit lah pasai mat topoiq ni....Ehem2!!mat topoiq sekarang ni dia ter-sangat2 lah kesibukkan sejak2 ada member baru ni kan... umm dia ada member international baq angggggg.... Mr. sarjun nama beliau...beliau ni telah mengiklaskan diri menerbangkan dirinya dan keluarga dari bangla ke Malaysia tuk mencari sesuap rezeki di kedai makan mak metua mak topoi kami.. alah macm kedai2 patani tu lah... mat topoiq pula keje jaga ayaq dan Mr  Sarjun ni pula wat nasi kandar... kiranya kaliborasi mereka sangat lah penting lah umpama pepatah melayu.. bagaikan isi dan kulit...

depa ni memang akrab gila....akrab yang gila2 sampai nak lintaih jalan nak beli gula....depa akan berpegangan tangan sambil main hayun2 tangan tu macam teletubies...ummm sweetttt... SCHUUWWEETT kan mat topoiiqq kami???.. sila amik dia jd duta iklan 1 Malaysia
AHHAHAHAHAHAHAHAHAH!!!

ummmm mcm abam bad kamiiiieee... <3

dak aiihh tak kata aiih kat mat topoiiq.... mat topoiq ni baguih oooo dia bawak kami p ronda2 aloq star... kami pegi beli baju baby..... schuwwet dak?? schuwweet dak?? hahahaahha kami beli baju kat anak abam kami bam bui... mat puad....


comeykan???  selambak..... timbang kilo ni untung ni... ummm masa kami nak pilih baju kat mat puad ni kami agak kekompiusan sikit nak beli saiz dia... memandangkan kami ni tak da pengalaman bersalin mahupon beranak kami kelebek2 la baju tu lelama... mat topoiq nampak mcm agak jemu sebab kami belek lama sangat astukan tetiba dia kata

"ayu..apa kata ayu ukuq baju tu dengan saiz paha ayu"

dengan muka selambernyaa... dan pada masa yang sama kami pon amik baju tu ukur di paha sendiri.. ntah la di mana kewarasan kami masa tu.. kami dah tak dapat beza antara kata2 menganjing dan kata2 penyelesaian  masalah... hummm topoiq schuweeettt!!!... dan entah la kenapa malam tu mat topoiq bawak keta sambil tersenyum......gggrrrrrr

keesokkan harinya pula.... kami dan kawan2 kami ina... atin...emi...dan naz membuat lwatan smbil belajar k gua kelam



koreakan aku??? hahahahaha.... kesah la plakkan?? AHHAHAHAHAH

nak di jadikan cerita.... kami smapai2 kami tak nampak yang ada banner dilarang malakukan sebarang aktiviti riadah kat gua kelam tu... sebab kami terlalu excited nak masuk didlam gua... tambah2 pulak kuanter pembayaran pula tak da orang dan pagar terbuka... kami pon berfikiran positive lah... kami masuk je free... buat macam gua tu bapak kiteorang yang galikan... sebelom masuk tu kami memang d sedia maklomkan yang elektrik tak da.... kami buat pengambaran entiti bukti lah dlam gua tu...


perghhhh atin ada tandukkkk


ni masa mula2 smpai... penat kut... dah la gelap.. memang mintak nyawa gak laaa...aku dah la kurang berani dengan gelap2 ni..

astu bila kami keluar balik daripada gua tu kami nak membeli ayaq... astu tiba2 kami didatangi amoi cina... dia tnya apa perasan kami apabila tak dibenarkan masuk kedalam gua tu... kami pon dengan excited ja cerita yang kami dah masuk guna lampu henfon... astu amoi tunmpka mcm tanjat.. dia tulis sesuatu dlam tulisan mandrin... aku dah cuak dah... aku pon wat ramah dengan makcik jaga kuanter tu.. kami tnya siapa amoi tu... rupa2nya amoi tu reporter baq ang.....trololol lah kami... kami tak puas ati lagi kami tanya lagi kat makcik tu kenapa dia mai buat penyelidikkn kat gua kelam.. astu makcik tu kata

"lah.. adik tatau k ada kes budak mati sebab terkena jangkitan kencing tikus"

bertambah trololol lah muka kami..... selamat lah kami tak p mandi lagi... kalau tidak memang kami lah mangsa seterusnya.......

malam pulak kami pekena yogking...


hewww..hewwwww cukup juah kami taim ni sebab bulyh natang ni......

ingat k hari ini bulih la nak pekena yogking lagi... tapi tak mampu sebab masa tak mngizinkan... harini kami n the power puff gegirl p cmart je... bnyak masa kami dok abeh dengan dok kelebek barang2 cmart dan try barang2 make up di watson... sampai ada kakak muka tegang mai dok sebelah aku..... aku tak perasan mula2... astu izah tarik kami suruh blah.... heww2....

kedekut gile kak tu.... dia tengok kami dengan muka tegang.... dia tengok macam kami nak p curi buah pinggang dia lagi... padahai kmi nk try eyeshadow je.... mascara.....blusher..... lipstik... celak.... bdak ttup jerawat.. tu je pon.... dekut!!...